Baru-baru ni pelajar sarjana Bimbingan & Kaunseling tlh mengadakan program seminar SELANGKAH'13 di Dewan Banquet Pejabat SUK negeri Perak, Ipoh. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran pelajar serta mendedahkan mereka dgn info baru mengenai alam pekerjaan..
Selangkah ke Alam Kerjaya
"Dan bagi tiap-tiap seseorang beberapa darjat tingkatan balasan disebabkan amal yang mereka kerjakan dan ingatlah Tuhan itu tidak lalai dari apa yang mereka lakukan". (al-An'am: 132)
Monday, 11 November 2013
PROGRAM SELANGKAH'13
Assalamualaikum w.b.t
Baru-baru ni pelajar sarjana Bimbingan & Kaunseling tlh mengadakan program seminar SELANGKAH'13 di Dewan Banquet Pejabat SUK negeri Perak, Ipoh. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran pelajar serta mendedahkan mereka dgn info baru mengenai alam pekerjaan..
Baru-baru ni pelajar sarjana Bimbingan & Kaunseling tlh mengadakan program seminar SELANGKAH'13 di Dewan Banquet Pejabat SUK negeri Perak, Ipoh. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran pelajar serta mendedahkan mereka dgn info baru mengenai alam pekerjaan..
Wednesday, 6 November 2013
Tatacara Semasa Ditemuduga
- Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
- Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
- Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu.
- Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
- Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
- Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
PERSEDIAAN MENEMPUH ALAM KERJAYA
KRITERIA UNTUK MENDAPATKAN KERJA
* Memiliki sikap yang sesuai
* Berdisiplin
* Berfikiran matang
* Mampu membuat keputusan yang betul
* Berkomitmen
* Mampu untuk berkomunikasi dengan berkesan
* Boleh bekerja dalam kumpulan
* Sentiasa mencari peluang untuk berubah, berkembang & meningkat
10 PERSEDIAAN GRADUAN UNTUK MENEMPUH
ALAM PEKERJAAN
Temuduga
Semasa temuduga :
- menjawab soalan dengan tenang, jelas & tepat
- minta penjelasan sekiranya tidak faham
- jangan bercakap melebihi & sesuatu yang tidak penting atau relevan
- nyatakan kelayakkan & kelulusan yang sebenar
Minat & bakat
>minat
- apa yang disukai atau digemari tentang sesuatu perkara
- minat boleh berubah disebabkan oleh factor tertentu seperti pulangan ekonomi, suasana tempat kerja, motivasi kerja & sebagainya.
>bakat
– kebolehan semulajadi yang dimiliki oleh individu
Penglibatan Dalam Persatuan & Aktiviti Kokurikulum
> membantu memperkembangan potensi individu
> pengalaman yang diperolehi melalui penyertaan aktiviti boleh diaplikasikan semasa bekerja.
Maklumat Situasi Sebenar Alam Pekerjaan
> mengetahui skop, bidang & tanggungjawab terhadap jawatan yang disandang serta dalam menyempurnakan tugas yang diamanahkan
> mengasah kemahiran interpersonal untuk bekerja dengan rakan sekerja, majikan dan sebagainya
Resume
> perlulah kemas, ringkas & padat
> gunakan perkataan yang mudah dan pastikan tiada sebarang kesilapan ejaan atau tatabahasa
> jangan melipat resume & gunakan sampul surat yang lebih besar dari resume
> resume yang baik mengandungi :
-maklumat peribadi ( termasuk gambar )
-maklumat pendidikan
-pengalaman bekerja
-kemahiran khusus
-hobi/kegemaran
-nama & alamat penyokong (references)
Mendapatkan Maklumat Pekejaan Melalui:
* bengkel atau program yang dianjurkan oleh unit kaunseling
* pendidikan kerjaya
* lawatan ke tempat kerja
* katalog-katalog mengenai pekerjaan
* pameran kerjaya
* surat khabar & internet
Bermaklumat
Bermaklumat tentang :
* bahasa-perlu tahu lebih dari 1 bahasa & menguasai tulisan serta berkomunikasi dengan baik
* isu semasa berkaitan dengan pekerjaan
* syarat-syarat yang ditetapkan untuk pekerjaan tersebut
* mengetahui tentang bidang tugas yang dilakukan
Kemahiran
Antara kemahiran yang perlu ada :
1) kemahiran insaniah (soft skill )
2) kemahiran ICT
3) kemahiran kreativiti
4) kemahiran berkomunikasi
5) kemahiran berfikiran kritis & menyelesaikan masalah
6) kemahiran kerja berpasukan
7) kemahiran kepimpinan
7 Strategi Penulisan Kerjaya
1. Mempunyai Wawasan
“Seribu langkah bermula dengan langkah pertama”, begitulah kejayaan harus dimulakan. Usahalah ke arah kejayaan, barulah kejayaan demi kejayaan dapat dicapai. Langkah pertama adalah “langkah keramat, langkah pendekar”. Kena bersedia untuk memulakan langkah dengan menyediakan perancangan, mengkaji kemungkinan kejayaan dan kegagalan, menetapkan arah dan matlamat. Gambarkan kejayaan yang akan dicapai dan ganjaran yang diharapkan. Mempunyai wawasan adalah penting sebelum memulakan langkah pertama. Wawasan yang jelas bukan sahaja menjadi panduan untuk meningkatkan kejayaan seperti “kendil di malam hari” tetapi juga pendorong dan pembakar semangat ibarat “azimat” untuk mencapai matlamat. Kini dengan wawasan yang jitu melangkahlah dengan gagah dan berani.
2. Kepakaran ‘Hard Skill’
Kita sering mendengar istilah “Jack of all trades but master of none” yang menggambarkan kebolehan yang pelbagai tetapi tiada kepakaran dalam bidang tertentu. Keadaan seperti itu tentulah menyukarkan kerana kita memerlukan pakar dalam bidang tertentu. Ada pelbagai bidang kerjaya seperti ekonomi, kejuruteraan, perubatan, sains sosial, perguruan dan lain-lain. Umpamanya bidang Kejuruteraan mempunyai banyak cabangnya seperti kejuruteraan mekanikal, sivil dan elektrikal. Dalam kejuruteraan mekanikal pula terbahagi kepada beberapa cabang seperti mekanikal industri, automotif dan lainnya. Begitu juga perubatan mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti orthopedik, obstetrik dan genecologi, pediatrik, surgeri dan ubatan. Kemampuan dan kebolehan dalam hard skill tertentu penting untuk menjadi pakar dan meningkatkan kerjaya.
3. Kebolehan ‘Soft Skill’
Hasil kajian mendapati 70 peratus kejayaan meningkatkan kerjaya adalah kerana adanya ‘soft skills’ manakala selebihnya atau 30 peratus adalah sumbangan ‘hard skills’. Soft skill adalah ilmu kemanusiaan seperti kebolehan berkomunikasi, berinteraksi dan memahami “body language.” Hubungan sesama insan sama ada secara horizontalataupun vertical akan membantu individu behubungan dan berkomunikasi secara berkesan dari pelbagai arah dan dimensi yang seterusnya membantu membina kerjaya.
4. Pengwujudan Jaringan
Jaringan atau networking membolehkan soft skill dan hard skilldisalurkan dalam melaksanakan pekerjaan. Kebolehan dan kemampuan dalam kedua-dua bidang ini tidak bermakna jika tidak dapat dimanfaatkan. Kemahiran kedua-dua skill ini akan terus meningkat jika diamalkan berterusan. Pengalaman dikatakan “guru yang zalim” kerana kita terpaksa melaluinya barulah mengetahui akibatnya tetapi soft skilldan hard skill perlu melalui proses pengalaman untuk menjadi matang dan membantu untuk meningkatkan kerjaya.
5. Sokongan Mentor
Di sebalik kejayaan individu itu biasanya ada beberapa individu yang membantu di belakang kejayaan itu. Mentor atau penasihat atau Shi-fuadalah individu yang dirujuk atas sesuatu hal tertentu seperti kewangan, pentadbiran, hal peribadi dan teknikal. Beberapa individu berkemungkinan menjadi mentor kepada seseorang itu yang terdiri daripada rakan karib, sepupu, dan suami/isteri. Sebenarnya ketua atau “boss” kita adalah mentor yang terbaik. Setiap mentor mempunyai kelebihan atau kepakarannya seperti yang mencangkupi bidang tertentu, kerjaya atau kehidupan. Kumpulan mentor inilah yang akhirnya akan menjadi ‘think tank group’.
6. Menggunakan Teknologi
Kemajuan teknologi telah mempercepatkan proses peradaban manusia. Teknologi telah membantu manusia melaksanakan tugas kerja lebih cepat, pantas dan tepat. Kebolehan dan kemahiran menggunakan teknologi seperti komputer, internet dan pelbagai software adalah penting supaya tugas dapat dilaksanakan dengan efisien, berkesan dan mencapai tahap maksimum yang dikehendaki. Internet menyimpan banyak khazanah maklumat dalam hampir semua perkara dan amat mudah untuk mendapatkannya, semudah ABC, tak sampai pun tiga saat jika kita mengetahuinya. Tetapi maklumat itu hanya akan tinggal maklumat sebagai “raw data” jika tidak diakses seterusnya difahami dan menjadi ilmu yang kemudiannya diamalkan dan memberi manfaat manusia sejagat. Seperti juga buku, walaupun buku mempunyai maklumat tetapi jika tidak dibaca, maklumat hanya akan tinggal maklumat dan tidak mendatang apa-apa kebaikan. Oleh itu, menggunakan teknologi adalah kelebihan dan dapat meningkat kerjaya seseorang.
7. Teguh Jati Diri
Pokok yang berdiri gagah dan bangunan yang teguh mencakar langit adalah kerana asasnya yang kukuh. Akar tunjang atau akar serabut yang mencengkam tanah menyebabkan pokok itu terus gagah walaupun dilanda angin yang kuat. Begitu jugalah jati diri manusia, perlulah teguh menghadapi ancaman luar yang mencabar. Dalam meningkatkan kerjaya sememang memerlukan perubahan tetapi bukan perubahan jati diri. Cabaran yang bakal dihadapi bukanlah kepalang. Bukan mudah untuk menjadi pohon rimbun yang menjadi tempat berteduh. Asas-asas nilai murni, amalan, mendalami dan mengamalkan segala Rukun Islam dan Rukun Iman perlu diperkukuhkan secara berterusan, konsisten dan istiqamah sejak awal. Sifat amanah, dedikasi dan bertanggungjawab perlu diamalkan sehinggalah mencapai puncak kejayaan kerjaya dan selepas itu kerana akhirnya kita akan dipertanggungjawabkan dia atas segala kejayaan yang dicapai. Kejayaan tulen adalah kejayaan di dunia yang mampu menjamin kejayaan di akhirat. Apalah gunanya memiliki segunung emas kalau nanti tak mampu membeli pondok buruk di akhirat. Bukankah di dunia ini lebih baik memiliki sekeping ‘wang perak’ yang mampu membina sebuah mahligai di syurga.
Sunday, 3 November 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)





